Friday, March 13, 2009

happy....







happy dpt wat benda baru

ni baju yang cda jahit manik sndri...cr design n blaja kat internet je..tp xcomey lgla,lum siap spnhnya lg...bru kaki bju je n tu pn tak habis lg wat...nt dah siap,i'll show u...itu pandangan dari dekat..cda namakan design ni design semalu manjalara coz gabungan pokok semalu and bunga manjalara...sehari wat skit2 je...my boy nasihat suh wat sehari seploh biji manik je...tp kalu dah pegang jarum n benang tu,kalu buleh nak siapkan terus je rasanya....xde banyak masa nak jahit..rasa2nya cam manik x cukup...nak wat bunga manjalara 2..harap2 blh kuar dalam masa terdekat n dapat siapkan ASAP..xsabar nak tnggu sampai siap...



Friday, March 6, 2009


hmm...kenapa kekadang jiwa kta rasa xtenang..kekadang kita punya segalanya,tapi kita masih rasa kekurangan...adakah itu diriku,dirimu @ cerminan diri kita...
lets check it out n renungkan diri kita...


Antara sebab-sebab jiwa tidak tenang adalah seperti berikut:

1. Banyak menzalimi orang

2. Banyak membuat dosa

3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa

4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat

5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala

6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah

7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman


Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.Bila ketenangan tidak ada, seseorang itu akan sentiasa keluh-kesah. Apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca pun terganggu untuk memahami. Kawan-kawan melihat ikut risau. Mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.Orang yang berada di dalam tidak tenang, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunya dia tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin sesetengah orang dia boleh kontrol perasaannya. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hatinya. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat mukanya dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada. Anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilah daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

Tuesday, March 3, 2009



jiwa kacau sebab cinta...serabut..

kalu cinta, mstla nak kawen............. dh redy ke blm...xtaula....

Monday, March 2, 2009

penat sangat arini...smlm i xada rest..sumanya gara2 bola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tp rezeki datang mencurah-curah..sederas air hujan yang turun kat UDM ni..hu3